sukan

Presiden bola sepak Colombia ditahan

Presiden Persekutuan Bolasepak Colombia (CFF), Ramon Jesurun ditahan di Miami ketika insiden pada final Copa America 2024 menentang Argentina semalam, menurut laporan polis.

Laporan polis Miami-Dade County menyebut Jesurun ditahan kerana dakwaan “menyerang pegawai/petugas” pada perlawanan akhir pagi semalam di Stadium Hard Rock.

Kekecohan berlaku apabila penonton menyerbu pintu masuk gelanggang pasukan NFL, Miami Dolphins, dengan orang ramai ditolak ke tanah dan cuba menyelinap masuk ke stadium melalui saluran pendingin hawa yang besar sekali gus menyaksikan sepak mula dan permulaan ditangguhkan selama 80 minit.

Argentina mengalahkan Colombia 1-0 pada final Copa America dengan gol tunggal dijaringkan pada masa tambahan menerusi Lautaro Martinez.

Jesurun, 71, tidak dibenarkan memasuki padang bersama anak lelaki dan ahli keluarganya selepas perlawanan berakhir bagi majlis penyampaian hadiah, lapor akhbar Colombia, El Tiempo.

Anak lelaki Jesurun menyerang seorang pengawal keselamatan yang menghalang mereka untuk masuk.

sumber:- BH

Jesurun, naib presiden badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, turut terbabit dalam pergaduhan itu sebelum polis campur tangan, menurut akhbar itu. – AFP