sukan

Yamal sebaris superstar

Memadam rekod berusia 66 tahun yang dipegang legenda bola sepak Brazil, Pele dan meraih pencapaian yang hanya boleh diimpikan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pada usianya.

Jadi, tidak keterlaluan untuk menyatakan Lamine Yamal sudah menggegar kancah bola sepak dunia sejak setahun lalu dan mencapai kemuncaknya apabila dia menjadi pemain termuda menjuarai Euro atau Piala Dunia pada usia 17 tahun dan satu hari.

Yamal yang menyambut ulang tahun ke-17, kelmarin turut muncul pemain lelaki paling muda dalam sejarah beraksi pada final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pele mencatat rekod itu.

Pemain sayap itu membantu Nico Williams membuka tirai jaringan Sepanyol ketika menewaskan England 2-1 pada aksi final, awal pagi tadi dan memaksa Jordan Pickfor

Tiada sesiapa yang pernah terbabit dengan gerakan gol di Euro 2024 lebih banyak berbanding Yamal – satu gol dan empat umpanan gol.

Tiada sesiapa juga yang berjaya melakukan banyak bantuan gol dalam satu kejohanan Eropah sejak rekod mula dicatatkan pada 1980.

Dan tiada sesiapa yang pernah terbabit secara langsung dalam gol di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir sebelum Yamal meraih pencapaian itu.

Tidak hairanlah, dia dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik kejohanan itu.

“Saya amat gembira, ini satu mimpi,” kata Yamal.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Sepanyol dan meraikan dengan semua peminat. Ini adalah hadiah hari jadi terbaik untuk saya.”

Bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand berkata pemain remaja itu adalah “sensasi” dan “pemain elit”.

“Dia sudah menjadi bintang sebelum kejohanan ini, tetapi sekarang dia adalah superstar,” katanya.

Bekas pemain tengah Sepanyol, Juan Mata, yang bertugas dengan BBC One berkata: “Saya makan malam bersama Xavi (jurulatih Barcelona) dan beliau memberitahu tidak pernah melihat pemain dengan kualiti sebegini.”

sumber:- BH

Xavi Hernandez adalah pemain yang beraksi di samping Messi di Barcelona.”Saya tidak suka membuat perbandingan antara pemain atau membandingkan mereka dengan Messi, tetapi saya rasa Yamal akan meraih