sukan

Skuad B-19 pamer petanda positif

Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara kini semakin menunjukkan peningkatan selepas dua perlawanan persahabatan memberi isyarat positif menjelang kejohanan Kejuaraan ASEAN 2024 yang akan berlangsung Indonesia pada 17 hingga 29 Julai ini.

Ketua jurulatih, Juan Torres Garrido berkata, pemainnya semakin menunjukkan perkembangan yang baik di dalam latihan serta perlawanan persahabatan tetapi masih ada beberapa aspek harus ditajamkan sebelum menghadapi perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Selain itu, beliau juga menyatakan ketika ini masih belum ada skuad utama apabila kesemua anak buahnya berjaya memberikan persembahan terbaik dan setiap dari mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan seimbang.

“Kami masih ada sekitar seminggu lagi, jadi itu agak baik dan kami akan tingkatkan lagi usaha kami. Sekarang saya gembira kerana pasukan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada perlawanan sebelum ini.

“Untuk skuad bayangan utama, masih belum ada kerana pemain bermain sangat baik. Kami mempunyai pasukan agak seimbang. Semasa perlawanan pertama dan juga dalam perlawanan ini (menentang Kemboja), pemain yang masuk pada separuh masa kedua menunjukkan tahap sama atau lebih baik ketika mereka diberikan peluang untuk bermain.

“Jadi ini sesuatu sangat baik di dalam pasukan. Kami bukan sahaja boleh memulakan barisan pemain utama tetapi kami mempunyai jumlah pemain yang boleh di

bawa masuk pada bila-bila masa untuk menambah kekuatan pasukan,” katanya.

Terdahulu, anak buah Garrido seri 2-2 menentang Kemboja dan menang 4-2 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium UiTM itu.

Pada kejohanan itu, Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama juara lima kali Thailand, Singapura dan Brunei.

sumber:- HM

Sebagai rekod, Malaysia merupakan juara bertahan pada edisi lepas setelah menundukkan Laos 2-0 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga, Indonesia dua tahun lalu.