sukan

Mudah-mudahan perancangan itu berjaya

emain Kedah Darul Aman (KDA) FC diingatkan agar berjuang habis-habisan dan usah gentar ketika melayan kunjungan Johor Darul Tazim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Harapan itu disuarakan pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang berharap skuad Sang Kenari dapat melakukan persiapan yang terbaik bagi memberi tentangan sengit kepada juara bertahan itu.

“Yang pasti kita mahu memberi tentangan yang sengit, mahu beri suatu persembahan paling menarik dan kalau diizinkan Allah, kita akan mendapat satu keputusan luar jangkaan sebab kita memang akan berhadapan pasukan yang hebat.

“Jurulatih pun sudah beritahu ada perancangan yang sesuai dengan strategi untuk melawan JDT, mudah-mudahan perancangan itu berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Keahlian KenariCare di sini hari ini.

Mengenai Kad Keahlian KenariCare, Mohd Daud berkata KDA FC menjalin kerjasama dengan ECG Capital Sdn Bhd iaitu syarikat perlindungan takaful hayat dengan menawarkan pelan keahlian serendah RM35 yang menawarkan manfaat perlindungan takaful sehingga RM100,000 berserta diskaun pembelian di lebih 30 rangkaian niaga yang terpilih bermula esok.

sumber:- BH

“KDA FC menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 keahlian KenariCare sehingga Disember 2025 yang mana sebahagian daripada yuran keahlian daripada penyokong dapat digunakan untuk membiayai operasi pasukan pada masa akan datang,” katanya.