sukan

KL City cipta kejutan keatas Selangor

Isu tunggakan gaji seakan tidak mengganggu pemain Kuala Lumpur (KL) City apabila berjaya mengejutkan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ketika Selangor dilihat lebih menguasai permainan pada awal perlawanan, pintu gol Gergasi Merah bagaimanapun cemas pada minit ke-14 menerusi tandukan Zhafri Yahya tetapi berjaya ditepis penjaga gawang, Samuel Somerville.

Meskipun banyak melakukan asakan ke kubu lawan, percubaan terbaik Selangor hanya hadir pada minit ke-35 menerusi rembatan Alvin Fortes yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Selangor yang juga naib juara Liga Super musim lalu dan hadir sebagai pasukan pilihan kemudian dikejutkan dengan jaringan jarak dekat pemain tengah KL City, Jovan Motika pada minit ke-63.

Malah, jaringan itu sudah cukup untuk memberi tiga mata berharga buat KL City selepas Selangor gagal memecahkan kebuntuan jaringan hingga tamat perlawanan.

Keputusan itu membolehkan KL City mendaki ke tangga keempat liga dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

sumber:- BH

Malang buat Selangor kerana selain rekod kemenangan bersih mereka dalam tiga aksi terakhir liga lebur, skuad kendalian Nidzam Jamil itu kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).