sukan

Liga Super: Keputusan aksi Sabah berdepan JDT

Misi Sabah untuk menyekat penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian apabila tunduk 1-3 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Walaupun bermula baik tetapi anak buah Datuk Ong Kim Swee ketinggalan pada minit ke-20 apabila Romel Morales berjaya meletakkan bola di dalam gawang hasil sepakan sudut Arif Aiman Hanapi ketika penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sudah keluar awal.

Pemain yang memakai jersi nombor 19 itu kemudian meledak lagi pada minit ke-43 ketika berdepan satu lawan satu dengan Khairul Fahmi.

Sabah yang ketinggalan 0-2 pada babak pertama berjaya merapatkan jurang hasil sepakan penalti yang disempurnakan penyerangnya, Gabriel Peres pada minit ke-51.

Sepakan itu diberikan pengadil selepas kapten Sabah FC, Park Taesu ditarik pemain JDT, Matthew Davies ketika situasi kucar-kacir di dalam kotak penalti pelawat.

sumber:- BH

Namun, JDT berjaya menghalang kebangkitan Sabah apabila mereka mendapat sepakan penalti yang disudahkan Bergson Da Silva untuk gol ketiga pada masa kecederaan.