“Kelab turut merakamkan setinggi ucapan terima kasih buat Ruziev atas sumbangan sepanjang semusim di SPFC. Semoga terus mengorak langkah dalam karier,” menurut hantaran itu.
Berdasarkan rekod, Kuvondik menyertai skuad Tok Gajah pada jendela perpindahan kedua Liga M musim lalu.
Bagi musim 2024/2025, pemain tengah berusia 30 tahun itu bermain empat perlawanan termasuk satu perlawanan dalam aingan Piala FA.
Dengan ketiadaan Kuvondik, skuad kendalian Fandi Ahmad masih memiliki lima import – Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina), Aleksandar Cvetkovic (Serbia), Manuel Hidalgo (Argentina) dan Mykola Ahapov (Ukraine).
Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan pemain import dari Uzbekistan, Ruziev Kuvondik tidak lagi bersama skuad itu untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.
SPFC menerusi hantaran Facebook rasmi Sri Pahang FC mamaklumkan, Kuvondik menerima tawaran untuk kembali bermain di negara kelahirannya bersama kelab Neftchi Fergana.
“Terima kasih Ruziev! Sri Pahang ingin mengumumkan pemain import dari Uzbekistan tidak lagi akan bersama pasukan dalam baki saingan musim ini.
sumber:- BH
“Menghormati keputusan tersebut, kelab bersetuju melepaskan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya bersama pasukan baru.