sukan

Euro 2024 : Pengadil Buat hal

Virgil van Dijk mengkritik pengadil, Felix Zwayer selepas Belanda tewas 2-1 di tangan England pada separuh akhir Euro 2024.

Penalti kontroversi yang dihadiahkan kepada England pada babak pertama disifatkan sebagai ‘memalukan’ oleh legenda England sendiri, Gary Neville.

Van Dijk jelas kecewa apabila England mendapat gol kemenangan lewat permainan menerusi Ollie Watkins dan pengadil dari Jerman, Zwayer langsung tidak kelihatan selepas tamat perlawanan.

“Kami mempamerkan pelbagai sisi sepanjang kejohanan ini. Kami ada sisi yang baik ketika menyerang dan bertahan tetapi kami beraksi dengan buruk ketika menentang Austria.

“Kami mengharungi perlawanan yang baik hari ini dan ia satu perlawanan yang sengit. Masing-masing mencipta peluang yang baik tetapi ia sesuatu yang sukar untuk diterima apabila bolos pada saat-saat akhir apatah lagi pada aksi separuh akhir.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan dan saya patut katakan atapun tidak. Tetapi pengadil berlalu pergi dengan cepat selepas perlawanan hingga tiada masa untuk bersalaman.

“Perlawanan sudah berakhir dan kami tewas. Ada beberapa keputusan yang patut berpihak kepada kami tetapi sayangnya tidak.

“Apa sahaja keputusannya, ia sukar untuk diterima. Kami ada impian yang besar dan kami harap dapat mencapainya di sini.

sumber:- BH

“Saya tidak tahu, mereka sering mengubah beberapa perkara yang memberi impak yang besar. Saya tidak sepatutnya bercakap mengenai orang lain dan kami harus melihat diri sendiri.” – AGENSI