Bekas beregu lelaki nombor satu dunia Koo Kien Keat pula, optimis dengan keupayaan perseorangan lelaki negara – Lee Zii Jia untuk meraih sama ada pingat emas mahupun perak di Paris.
Ini kerana Kien Keat akui gaya permainan yang ditampilkan pemain ranking ke tujuh dunia itu sejak kebelakangan ini, sangat mantap sehingga berjaya raih kejuaraan di terbuka thailand dan australia tahun ini.
Bagi Kien Keat pencapaian terbaik yang dikecapi oleh Zii Jia sangat bermakna untuk dirinya pamer aksi terbaik di Paris kelak.
“Ada perubahan itu sudah pasti dan kebelakangan ini di kejohanan terakhir (Terbuka Australia dan Thailand 2024) dia menangkan?.
“Saya rasa dia tengah cari “Lee Zii Jia” sendiri, saya juga ada rasa dia akan dapat pingatlah tidak tahu juara (emas) atau perak.
“Saya rasa dia memang ada peluang juga kerana permainannya memang mantap, ‘attacking game’ semua orang suka tengok, tambah Kien Keat lagi.
sumber:- stadium astro
“Saya harapkan dia akan bagi satu ‘mindset’ yang bagus dan stabil bagi diri sendiri untuk menang pingat.