sukan

Bonus menanti KDN FC

Pengurusan Kelantan Darul Naim (KDN) FC sekali lagi menabur janji pemberian bonus jika menang ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC, dalam saingan Liga Super, malam esok.

Penolong pengurus pasukan, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata, habuan itu dijadikan suntikan semangat tambahan buat pasukan untuk berjuang sebaik mungkin dan merebut kemenangan ,sebagai pelawat di Stadium Darul Aman.

Katanya, pasukan benar-benar mahukan kemenangan ke atas Kedah.

“Saya yakin pemberian bonus ini akan menjadi faktor pendorong untuk pemain beraksi dengan cemerlang pada perlawanan nanti,” kata Mohd Rowi.

Menurutnya, pengurusan sentiasa menjaga kebajikan pemain dan prihatin dengan komitmen yang ditunjukkan.

Maka wajar bagi pihak pengurusan berusaha memastikan insentif seperti pemberian bonus diberikan jika mereka (pemain) berjaya memperoleh kemenangan dalam setiap perlawanan Liga Super musim 2024/25.

sumber:- BH

Terdahulu, pengurusan mengotakan janji memberi bonus kepada barisan pemain dan kejurulatihan selepas KDN FC mengutip tiga mata pertama saingan Liga Super menentang PDRM FC pada 23 Jun lalu.