Pemain remaja sensasi Sepanyol, Lamine Yamal memecahkan rekod legenda bola sepak dunia, Pele, dengan jaringannya di separuh akhir Euro 2024.
Pemain 16 tahun itu menjaringkan gol Euro pertamanya ketika aksi separuh akhir menentang Perancis di Munich, awal pagi tadi.Yamal melencongkan bola dari luar kotak penalti pada minit ke-21 untuk memadamkan kelebihan Perancis yang membuka jaringan pada minit kesembilan menerusi Kolo Muani.
Pada usia 16 tahun 362 hari, pemain remaja itu menjadi penjaring gol termuda di Euro, mengatasi rekod sebelumnya oleh Johan Vonlanthen yang berusia 18 tahun 141 hari pada tahun 2004.
Yamal turut menjadi penjaring gol termuda di kejohanan major, mengatasi rekod Pele yang menjaringkan gol di Piala Dunia 1985 pada usia 17 tahun 239 hari.
Bintang muda Barcelona itu sudah memecahkan beberapa rekod sepanjang 12 bulan lalu dan menjadi pemain termuda kelabnya membarisi kesebelasan utama pada Ogos tahun lalu.
Dua bulan kemudian, dia menjaringkan gol senior pertamanya untuk Barca untuk memecahkan rekod kelab dan La Liga.
Di pentas antarabangsa, Yamal menjadi pemain dan penjaring termuda Sepanyol ketika dia menjaringkan gol menentang Georgia pada September.
sumber:- BH
Yamal akan mencecah usia 17 tahun sehari sebelum aksi final Euro 2024 pada 15 Julai ini. – AGENSI