sukan

Liga-M tidak sihat

Perkembangan pemain import meninggalkan pasukan pada awal musim tampak mampu mengundang persepsi buruk kepada kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Perkara itu tidak dinafikan ejen pemain FIFA, Dr. Faidauz Azhar, seandainya ia berpunca daripada masalah tunggakan gaji.
Pengarah Sukan SS10 Asia Sdn Bhd itu menyifatkan ia sebagai situasi yang jarang berlaku memandangkan saingan liga baru memasuki perlawanan keempat.

Senario terbaru Liga-M menyaksikan penyerang import Sabah, Ramon Machado, mengumumkan penamatan kontrak menerusi persetujuan bersama.

Pemain tengah import Sri Pahang, Kuvondik Ruziev, juga difahamkan kembali ke Uzbekistan.”Keadaan ketika ini agak mencabar seperti ekonomi.

“Pasukan perlu lihat balik tahap perbelanjaan masing-masing kerana ada yang menanggung masalah gaji.”Mungkin tanpa laporan PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) tidak boleh ambil tindakan.

“MFL (Liga Bolasepak Malaysia) atau FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) boleh berbincang dengan pasukan-pasukan untuk menangani senario ini.

“Lagipun liga belum memasuki pertengahan musim. Pemain import ini meungkin cuba mencari peluang baru dalam perpindahan kedua kelak. Mungkin juga mereka meninggalkan pasukan bagi mengurangkan kos perbelanjaan pasukan.

sumber:- stadium astro

“Kedua-dua pihak mungkin perlu proaktif. Seperti PFAM pergi bertanya kepada pemain dan pasukan jika ada laporan daripada media,” katanya.