sukan

Tiada kaitan dengan bola sepak

Tonggak Selangor FC, Faisal Halim akan diberikan tumpuan melakukan proses rehabilitasi dalam usah kembalikan kecergasan dan momentumnya yang ‘hilang’ berikutan insiden simbahan asid awal Mei lalu.

Doktor pasukan Selangor FC, Dr Hazwan Khair memaklumkan, proses rehabilitasi itu tidak membabitkan bola sepak kerana dibimbangi menganggu proses pemulihan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey.

“Dalam masa terdekat, Faisal akan menjalani proses rehabilitasi yang membabitkan latihan di padang,” katanya.

Latihan rehabilitasi adalah proses untuk membantu Faisal kembali pulih selepas kecederaan yang dialaminya.Ia bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan kebolehupayaan seseorang bergantung kepada individu itu sendiri serta persekitaran.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memaklumkan latihan Faisal di padang tidak berkait langsung dengan bola sepak.

Sebaliknya, ia tertumpu kepada pemulihan anggota badan pemain itu supaya boleh berfungsi semula.

sumber:- HM

Ketika ini, tahap kecergasan Faisal berada pada tahap yang cukup rendah dan itu adalah perkara pertama Selangor mahu tangani selain daripada mengelak kecederaan lain menimpanya seandainya pemain sayap itu didedahkan kepada bola sepak terlalu awal.