sukan

Malaysia teruk dibelasah Jaguh Dunia

Skuad The Speedy Tigers tewas 1-10 berdepan cabaran pasukan di kedudukan ke-5 dunia, Jerman, dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Eropah 2024 di Monchegladbach, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Malaysia hadir menerusi pemain penggalaman, Mohd Fitri Saari pada minit ke-47 melalui pukulan sudut penalti.

Dalam tiga perlawanan terakhir menyaksikan skuad bimbingan Sarjit Singh itu berjaya meraih dua kemenangan berdepan Belgium B dan satu lagi keputusan tewas berdepan pasukan sama.

sumber:- stadium astro

Skuad negara akan berdepan tujuh perlawanan secara keseluruhan bagi menguji 20 pemain negara.