sukan

Laluan skuad B-19 Malaysia mudah

Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara perlu kekal tenang dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses latihan menjelang Kejohanan B-19 Asean 2024 yang bakal berlangsung di Surabaya, Indonesia bermula 17 hingga 29 Julai ini.

Tampil sebagai juara bertahan, pengendali skuad B-19 negara, Juan Torres Garrido mengakui terdapat sedikit tekanan dalam usaha mengekalkan kejuaraan terbabit sekali gus menuntut komitmen tinggi daripada semua pemain.

“Saya boleh katakan barisan pemain yang ada ketika ini tidak sama seperti edisi terdahulu. Rata-rata mereka adalah baharu bersama pasukan.

“Oleh itu, mereka perlu buktikan bahawa adalah yang terbaik sekali gus mampu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini,” katanya, ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama di Arena Universiti Malaya, sebentar tadi.

Mengikut rekod, Malaysia dijangka tidak berdepan masalah meloloskan diri ke pusingan kalah mati Kejohanan B-19 Asean 2024.

Ia selepas skuad muda negara itu diundi dalam Kumpulan C bersama juara lima kali Thailand, Singapura dan Brunei.

Pada edisi lalu, Thailand menamatkan kempen saingan di tempat keempat sementara Singapura dan Brunei masing-masing terkandas di peringkat kumpulan.

sumber:- HM

Dalam pada itu, naib juara edisi lalu Laos diundi dalam kumpulan maut apabila berdepan cabaran juara 2007 Vietnam, juara dua kali Myanmar dan juara lima kali Australia.