Kemahiran teknikal yang dimiliki pemain muda Selangor FC Muhammad Abu Khalil menyebabkan kelab divisyen 3 Jepun FC Osaka ‘jatuh hati’ seterusnya memilihnya beraksi secara pinjaman untuk pasukan terbabit kelak.
Situasi terbabit diakui Muhammad yang menyatakan pemilihan pemain yang berlangsung secara ketat dan terperinci berjaya menambat hati barisan kejurulatihan FC Osaka untuk beraksi bersama mereka.
“Saya pergi sana sebab nak belajar sistem dan corak permainan mereka. Apa yang saya inginkan adalah belajar sebanyak mungkin dalam usaha pertingkatkan kualiti permainan.
“Ketika sesi percubaan, mereka tertarik dengan kemahiran teknikal yang ada pada saya.”Alhamdulillah rezeki saya apabila dapat dinaikkan pangkat beraksi bersama pasukan utama sebelum dipilih pula bermain untuk kelab luar negara,” katanya.
Sebelum itu, Arena Metro melaporkan Muhammad sah dipinjamkan ke oleh Selangor FC kepada FC Osaka yang beraksi di saingan divisyen tiga (Liga J3).
Tawaran beraksi di Jepun itu hadir selepas pemain kebangsaan berusia 19 tahun itu menjalani sesi percubaan pada 24 Jun sehingga 2 Julai yang lalu.
Muhammad antara pemain muda yang diserapkan ke skuad Selangor FC pada musim 2023 dan sudah merekodkan 18 penampilan dalam saingan Piala MFL selain berjaya meraih capsnya bersama skuad utama Red Giants dalam Liga Super pada musim lalu.
Di atas aksi memukaunya itu, dia juga mendapat panggilan kebangsaan bawah 23 B-23) dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar April lalu dan beraksi dalam dua perlawanan menentang Uzbekistan dan Vietnam.
Untuk rekod, beberapa pemain negara pernah beraksi di Jepun antaranya W8an Zack Haikal Wan Noor, Nazirul Naim Che Hashim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak.
sumber:- HM
Selain tiga pemain itu, ketika ini penyerang muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin turun beraksi di Jepun bersama YSCC Yokohama di Liga J3.