sukan

JDT tiada niat nak malukan

Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada niat untuk menang besar ke atas Malaysian University FC apabila membelasah pasukan Liga A1 Semi Pro itu 8-0 dalam aksi kedua suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Malah pengendali JDT, Hector Bidoglio menegaskan penampilan JDT dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka layak ke separuh dengan agregat 13-0 adalah beraksi dalam satu pasukan dan memberi fokus dengan permainan berintensiti tinggi.

Tegasnya, kemenangan 8-0 itu hasil daripada corak memberi tekanan terhadap skuad kendalian Ridzuan Abu Shah dengan membuka ruang menerusi gerakan dari tengah dan posisi sayap kiri dan kanan serta umpanan bola pendek.

“Tiada sasaran untuk menang besar tapi memang kita mahu menang dan gol sehingga lapan hasil kombinasi berpasukan yang bergerak dengan taktikal yang kita bentuk sepanjang latihan dan apa yang pemain terjemahkan tampak menjadi.

“Malah pemain juga tahu untuk menyelesaikan cara permainan [berkampung’ pasukan lawan dan kami menggerak bola di setiap sudut bermula dari pertahanan bergerak ke posisi tengah dan juga menyerang dari posisi sayap.

“Saya turunkan barisan terbaik kerana pemain mahu buktikan mereka bersedia yang mempersembahkan corak permainan yang saya inginkan dan ia perkembangan yang positif untuk pasukan terutama untuk kami bersedia pada aksi akan datang,” kata Bidoglio.

sumber:- HM

Ditanya JDT akan berdepan Kedah dalam aksi separuh akhir, 20 Julai ini, pengendali kelahiran Argentina itu mengangap setiap pasukan yang bakal dihadapi tetap sukar dan perlu membuat persiapan rapi tapi beliau lebih mahu mengutamakan persiapan menentang Sabah, 13 Julai ini selain meningkatkan lagi kualiti permainan setiap pemain.