sukan

Komen Pawi menjelang aksi suku kahir kedua

Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid mahu ‘melupakan’ seketika kelebihan empat jaringan apabila turun berdepan Sabah FC, di Stadium Likas, malam esok.

Pemain kebangsaan itu menegaskan, ia bagi memastikan dia dan rakan sepasukannya tidak ‘tertidur’ dengan kemenangan berharga 4-0 pada aksi suku akhir pertama dalam misi melangkah ke separuh akhir saingan Piala FA itu.

“Empat jaringan bukanlah jaminan 100 peratus layak ke separuh akhir saingan itu, sebaliknya ia penuh dengan laluan berliku kerana masih berbaki 90 minit lagi pada aksi suku akhir kedua.

“Selain itu kami juga tidak tahu corak permainan yang bakal diperagakan pemain lawan terutama beraksi di tempat mereka dengan sudah pasti sokongan ribuan peminat setianya.

“Jadi saya harapkan rakan sepasukan beraksi seperti biasa bagi mengelak tekanan serta anggaplah perlawanan itu masih 0-0 dengan melupakan seketika kemenangan pada minggu lalu.

“Satu lagi saya harapkan rakan sepasukan termasuk diri dapat memperagakan aksi terbaik masing-masing kerana peluang untuk layak begitu cerah,” kata pemain kelahiran Dungun itu yang lebih mesra dipanggil ‘Pawi’.

Mengulas lanjut, pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengharapkan momentum kemenangan dapat diteruskan pasukannya biarpun sedar beraksi di tempat lawan.

“Ketika berdepan Sabah FC tempoh hari, kita tidak jangka berjaya melakar kemenangan begitu besar kerana lawan bukannya calang-calang pasukan selain dibarisi pemain berkualiti.

sumber:- BH

“Tapi usaha keras kami menjadi kunci kejayaan, jadi kami harapkan momentum kemenangan itu dapat diteruskan lagi selain mengekalkan rekod tanpa tewas setakat ini,” katanya.