Malaysian University (MU) setidak-tidaknya memperoleh pengalaman dan pengajaran berguna biarpun sekali lagi dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 8-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.
Selepas dibelasah 5-0 di venue sama dalam aksi pertama minggu lalu, igauan sama terus menghantui MU, bahkan kali ini lebih ngeri apabila mereka dibolosi empat gol dalam 45 minit pertama.
Juan Muniz membuka jaringan Harimau Selatan seawal minit ke-20 menerusi penyudah lencongnya yang melantun di depan gawang lawan sebelum menggegarkan jaring.
Heberty turut memperoleh jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 sebelum menggandakan jaringan peribadinya pada minit ke-30.
Feroz Baharudin kemudian menjadikan kedudukan 4-0 buat JDT, lima minit sebelum ke bilik persalinan.Keadaan MU kian parah dalam babak kedua apabila Francisco Geraldes menemui sasaran untuk JDT mendahului 5-0.
sumber:- Stadium astro
Pemain gantian, Romel Morales, memperoleh dua jaringan pada minit ke-73 dan 92, yang mengapit gol Bergson da Silva pada minit ke-78.Dengan kemenangan itu, JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 13-0.