Pertahanan Penang, Fairuz Zakaria, perlu menjawab srat pertuduhan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum atau pada Rabu ini.
Surat yang dihantar tiga hari lalu itu menuntut Fairuz menjawab segala dakwaan tingkah laku yang tidak sepatutnya pada minit ke-88 aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Kedah darul Aman di Stadium Bandaraya pada Jumaat lalu.
Difahamkan, kesalahan menggunakan isyarat lucah selepas dia dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu boleh mengakibatkan Fairuz digantung sebanyak enam perlawanan.
Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: “Secara ringkasnya, surat itu ditujukan kepada Fairuz Zakaria mengenai tingkah lakunya ketika minit ke-88 perlawanan menentang Kedah di Stadium Bandaraya.
“Dia dituduhkan menunjukkan isyarat kesat dan tidak senonoh dan dia diberikan masa untuk tunjuk sebab sebelum pihak FAM membuat keputusan mengenai hukuman terhadap kesalahan yang dilakukannya dalam surat tersebut.
“Dia diberikan tempoh seminggu dan pada 10 Julai ini, dia mesti sudah menjawab surat itu.”Dia mempunyai hak untuk membalasnya atau tidak tetapi pihak pengurusan mengarahkannya untuk menjawab surat itu.
sumber:- BH
“Kami sebagai sebuah kelab juga berharap semua pemain dapat mengikut apa peraturan yang sudah ditetapkan.”Jika dia benar-benar bersalah, kami sebagai kelab akan mebuat keputusan terbaik untuk mengingatkan pemain itu dan pemain lain bahawa kami tidak akan beroleransi terhadap kelakuan seperti itu,” katanya.