sukan

CONMEBOL akui silap pengadil nafikan penalti Brazil

Badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengakui pengadil dan VAR melakukan kesilapan kerana menafikan sepakan penalti Brazil ketika aksi peringkat kumpulan yang menyaksikan Selecao terikat 1-1 dengan Colombia, semalam.

Insiden berkenaan berlaku pada minit ke-42 di Stadium Levi’s ketika Brazil mendahului 1-0 yang menyaksikan Vinicius Jr meluru ke kotak sebelum Daniel Munoz menjatuhkannya di dalam kawasan kotak penalti.

Pemain Brazil menggesa penalti diberikan namun pengadil dari Venezuela, Jesus Valenzuela menafikannya sebelum VAR yang diketuai Mauro Vigliano (Argentina) turut mengekalkan keputusan itu selepas menganggap Munoz sudah menyentuh bola.

“Ketika perebutan bola di dalam kotak penalti, seorang pertahanan tidak menyentuh menyentuh bola,” kata CONMEBOL dalam satu hantaran video.

“Akibatnya, ada kontak yang tidak sepatutnya untuk tindakan itu. Pengadil gagal meneliti tindakan berkenaan dan membenarkan perlawanan diteruskan.

“VAR gagal mengenalpasti yang pertahanan itu tidak menyentuh bola sebelum sentuhan kasar berlaku ke atas penyerang Brazil. Oleh itu, VAR secara salah mengesahkan keputusan asal di atas padang.”

Kesilapan itu memberi kesan besar ke atas skuad Dorival Jr, yang memerlukan kemenangan untuk merampas kedudukan teratas kumpulan daripada Colombia.

sumber:- BH

“Selepas itu, kami dibolosi. Pengadil adalah penentu. Hanya dia dan VAR tidak melihat penalti, yang pastinya (penalti) patut diberikan,” kata pengendali Brazil itu. – REUTERS