sukan

TFC buka mulut dakwaan ketua jurulatih meninggal dunia

Pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menafikan ketua jurulatih mereka Tomislav Steinbruckner meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menurut kenyataan kelab itu, berita yang tular hari ini dalam satu laman sesawang adalah palsu kerana jurulatih kelahiran Croatia itu kini sedang mengendalikan latihan di Pusat Latihan TFC di Gong Badak.

“Berita yang tersebar menyatakan ketua jurulatih TFC, Steinbruckner meninggal dunia adalah palsu dan tidak benar sama sekali.”Pada masa sama pihak pengurusan hairan bagaimana berita itu ditulis dan apa motif penulis berkenaan memuatkan berita itu.

“Ini kerana Tommy (Steinbruckner) pada petang ini sedang mengendalikan latihan di Gong Badak sebagai persediaan menjelang aksi suku akhir kedua menentang Sabah FC Sabtu ini.

“Kami begitu kesal dan berharap berita yang tidak tepat itu tidak berulang lagi selepas ini dan pada masa sama kami mengharapkan peminat tidak menularkan berita palsu itu.

sumbeR:- BH

“Ini bagi mengelak fokus pemain terjejas dalam misi mara ke separuh akhir saingan Piala FA selepas menang 4-0 pada aksi suku akhir pertama,” menurut kenyataan itu.