Colombia bangkit mengikat Brazil 1-1 untuk memastikan kedudukan sebagai juara Kumpulan D Copa America 2024.
Jaringan penyamaan Daniel Munoz dalam masa kecederaan babak pertama sudah mencukupi buat Colombia untuk memadamkan kelebihan Brazil yang mendahului permainan menerusi sepakan percuma Raphinha pada minit ke-12 aksi di Stadium Levi’s.
Keputusan seri itu membolehkan Colombia mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan C, Panama di Glendale, Arizona, Ahad ini.
Brazil pula akan berdepan Uruguay di Las Vegas, juara Kumpulan C yang merakam rekod sempurna di peringkat kumpulan.Penjaring gol Brazil, Raphinha menegaskan, juara dunia lima kali itu tidak gentar berdepan Uruguay.
“Pasukan kami bertambah baik dari perlawanan ke perlawanan, kami rasa kami berada di landasan yang betul.”Malangnya ia bukan keputusan yang kami mahukan, dan ia bukan kedudukan yang kami idamkan untuk layak ke suku akhir.
“Tetapi untuk menjadi juara, tidak perlu risau siapa lawan seterusnya, kami bersedia berdepan siapa sahaja.
“Jika kami mahu menang kejohanan ini, kami perlu bersedia menampilkan persembahan terbaik kami,” kata Raphinha.
sumber:- BH
Brazil akan beraksi di suku akhir tanpa bintang Real Madrid, Vinicius Jr yang mengutip kad kuning kedua di kejohanan kali ini selepas mengasari James Rodriguez. – AFP