sukan

Skuad B-16 Malaysia pamer peningkatan

Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara menunjukkan peningkatan memuaskan walaupun terpaksa pulang awal pada kejohanan Asean B-16 2024 yang berlangsung di Indonesia.

Pengendali skuad B-16 negara Javier Ribera memaklumkan kejohanan itu platfrom terbaik dalam menilai kemampuan dan kebolehan pemain bagi menghadapi kejohanan lebih besar pada masa akan datang.

Beliau berkata, pasukan yang baharu dibentuk itu sudah menunjukkan persefahaman cukup baik sekali gus memberi bayangan mampu mengejutkan lawan di peringkat Asia.

“(Bertambah baik dalam) banyak perkara. Pada akhirnya, mereka kumpulan baru dan mereka akan mendapat peluang lagi selepas ini. Daripada segi taktikal, kita semakin bertambah bagus dalam setiap perlawanan.

“Kita melakukannya dengan baik terutama dari segi set-piece, kita amat kuat. Malah, semasa bertahan terutama dalam kotak penalti, kita melakukannya dengan baik.

“Menentang lawan seperti itu, sudah tentu kita perlu kawal semuanya dalam setiap perlawanan. Kita ada satu tugas iaitu jadi lebih bagus (untuk kejohanan seterusnya),” katanya.

Mengikut rekod, skuad muda negara terkandas di peringkat kumpulan selepas hanya mengutip tiga mata dalam saingan Kumpulan C.

Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara baki dua aksi lagi menyaksikan skuad negara memberi tentangan sengit sebelum tewas kepada Australia dan Thailand.

sumber:- HM

Australia dan Thailand masing-masing layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan C dan naib juara terbaik kumpulan.Ujian sebenar skuad muda negara adalah pada Oktober ini apabila beraksi dalam kempen kelayakan Piala Asia B-17.