Hajat pemain sayap Selangor, Faisal Halim, untuk menjamah nasi kandar ketika masih berada dalam fasa pemulihan tercapai selepas dia memuat naik gambar nasi kandar di laman media sosialnya, sebentar tadi.
Sebelum ini, dia berhajat untuk menjamu nasi kandar ketika dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa selepas insiden disimbah asid.
sumber:- stadium astro
Pemain berusia 26 tahun itu dikhabarkan bakal membuat penampilan pertama dalam tempoh tiga minggu lagi dan kini sudah mula melakukan senaman ringan memandangkan tahap kecergasannya sudah mencapai 95 peratus.”Alhamdullilah, terima kasih.” katanya.