sukan

Copa America : Impian Amerika Syarikat berkecai

Pertahanan Uruguay, Mathias Olivera menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi membantu pasukannya mara ke suku akhir Copa America dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Keputusan itu secara tidak langsung menyaksikan tuan rumah, AS tersingkir daripada kempen 2024 selepas menamatkan saingan Kumpulan C di tempat ketiga.

Uruguay menamatkan saingan kumpulan selaku juara selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan dengan Panama pula menewaskan Bolivia 3-1 untuk berada di tangga kedua dengan enam mata, tiga mata di depan AS.

Skuad AS turun dengan misi memburu kemenangan di Missouri bagi menghidupkan peluang mereka mara ke peringkat seterusnya, berjaya memulakan saingan dengan positif.

Begitupun, Uruguay menunjukkan perkembangan dari sudut permainan mereka di babak pertama dengan percubaan Darwin Nunez hampir menembusi gawang gol sebelum Olivera menemui penyudah diinginkan pada minit ke-66.

“Sukar untuk bercakap apa-apa sekarang, apa yang jelas emosi kami sedang memuncak,” kata kapten AS, yang jelas kecewa dengan keputusan berkenaan.

sumber:- BH

“Kami memulakan perlawanan dengan baik dan membawa semangat yang tinggi tetapi kualitinya tidak mencukupi. Kami tidak mampu mencari jalan penyelesaiannya.” – AGENSI