Pemain penyerang Negeri Sembilan, Mika Junco menjadi mangsa ragut ketika berada sekitar kota raya, semalam.
Insiden itu mengakibatkan pemain kelahiran Sepanyol itu kerugian harta benda tetapi masih berada dalam keadaan selamat dan sudah membuat laporan polis.
Insiden itu disahkan melalui satu kenyataan kelab sebentar tadi yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan jenayah serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.
Mika merupakan pemain terakhir yang melengkapkan enam import yang akan memperkuatkan jentera serangan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2024/2024.
“Dengan penuh rasa kesal, pihak kelab ingin mengesah-kan bahawa pemain Neger Sembilan FC, Mika, telah menjadi manga ragut malam semalam seperti yang dilaporkan.
“Kejadian tersebut berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan ketika itu Mika berseorangan. Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun bellau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.
“Neger Sembllan FC mengutuk sekeras-kerasya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan.
sumber:- stadium astro
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang telah memberikan sokongan kepada Mika dalam masa yang sukar ini.”