Lamine Yamal mungkin baru berusia 16 tahun tetapi Paris Saint-Germain dilaporkan sedia memecahkan rekod dunia untuk mendapatkan pemain sayap Barcelona itu, menurut laporan semalam.
The Mirror mendakwa PSG akan membuat tawaran £211 juta untuk pemain berusia 16 tahun itu yang kini berada di Jerman bagi mewakili negaranya Sepanyol di Euro 2024.
Pada Ogos 2017, PSG membayar Barcelona £200 juta mendapatkan Neymar.
“Dianggap antara prospek terbesar dalam bola sepak, Yamal mempunyai ramai pemint dan laporan dari Sepanyol mendakwa PSG sedang mempersiapkan tawaran untuk pemain remaja itu yang dianggap pengganti berpotensi Kylian Mbappe.
“Pada Mac lalu, Presiden Barcelona Joan Laporta mendedahkan kelab itu menolak tawaran £169 juta untuk Yamal daripada kelab yang tidak dinamakan.
sumber:- HM
“Namun spekulasi kelab terbabit ialah PSG dan Mundo Deportivo kini melaporkan mereka sedia meningkat tawaran untuk Yamal kepada £211 juta sekali gus rekod baharu dunia mengatasi £198 juta yang dibayar kepada Barcelona untuk mendapatkan Neymar pada 2017.”