sukan

Euro 2024: Sepanyol bergaya ke suku akhir

Sepanyol bangkit daripada ketinggalan hasil jaringan sendiri Robin Le Normand untuk menewaskan Georgia 4-1 pada aksi 16 terakhir Euro 2024 dan mara ke suku akhir bertemu tuan rumah, Jerman.

Selepas berjaya menangkis serangan awal Sepanyol, dengan penjaga gol Giorgi Mamardashvili sekali lagi beraksi cemerlang menyelamatkan deretan percubaan lawan, Georgia membuat kejutan apabila mendahului permainan menerusi serangan pertamanya pada minit ke-18.

Hantaran lintang Otar Kakabadze ditampan oleh pertahanan Sepanyol, Le Normand ke gawang sendiri.

Sepanyol kembali menyamakan kedudukan menerusi Rodri pada minit ke-39 dan Khvicha Kvaratskhelia hampir menewaskan penjaga gol, Unai Simon dari tengah padang tetapi tersasar.

sumber:- BH

Sepanyol sebaliknya mendahului permainan menerusi Fabian Ruiz pada minit ke-51, diikuti jaringan Nico Williams dan Dani Olmo untuk kemenangan selesa. – REUTERS