sukan

Berita baik buat peyokong Selangor FC

Berita baik buat penyokong naib juara Liga Super 2023, Selangor, apabila pemain kebangsaan, Faisal Halim, bakal menghiasi kem pasukan gergasi merah kuning itu dalam tempoh tiga minggu lagi.

Terdahulu, bekas pemain Terengganu itu menjadi mangsa kes simbah asid dan terpaksa menjalani beberapa siri pemulihan di sebuah hospital swasta di sekitar Shah Alam sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Malah, bapa pemain tersebut memaklumkan bahawa dia sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi dan mencapai 95 peratus tahap kecergasannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pemain berusia 26 tahun itu akan membuat penampilan pertama di atas padang selepas kejadian tersebut dalam masa tiga minggu lagi untuk mendapatkan semula rentak permainannya.