Keputusan tamat suku akhir pertama Piala FA menyaksikan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), memiliki kelebihan jaringan besar menentang pendatang daripada Liga A1 Semi Pro, Malaysian University Football Team (MUFT), sebentar tadi.
Skuad kendalian Hector Bidoglio memperoleh jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi pertahanan kiri, Corbin Ong, susulan hantaran yang dilakukan oleh bekas pemain Selangor, Syahmi Safari, berjaya disudahkan olehnya.
Pemain gantian, Francisco Geraldes, menambah derita pasukan MUFT apabila menyumbat dua gol penting yang mengelirukan penjaga gol, Ashraf Fadil, untuk mendahului perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.
Kegembiraan penyokong yang hadir diteruskan dengan pertahanan kebangsaan, Shahrul Saad, menanduk kemas hantaran daripada sepakan penjuru rakan sepasukan.
sumber:- stadium astro
Pemain terbaru JDT, Romel Morales, melengkapkan kemenangan bergaya juara Piala Malaysia itu apabila menghadiahkan jaringan kelima sebagai bekalan besar untuk perlawanan timbal balik seterusnya.