sukan

B-16 ASEAN : Keputusan aksi Malaysia berdepan Thailand

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara menutup saingan Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan kekalahan 3-1 kepada Thailand di Stadium Manahan, Surakarta, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan Thailand yang mengumpul tujuh mata mara ke separuh akhir selaku pasukan tangga kedua terbaik daripada tiga kumpulan, manakala Malaysia terpaksa akur apabila menamatkan saingan di tangga ketiga dengan tiga mata.

Australia yang menewaskan Malaysia 2-0, Rabu lalu muncul juara Kumpulan C dengan mengumpul tujuh mata, namun berkelebihan dari segi jaringan berbanding Thailand selepas membelasah Timor Leste 12-0.

Pada aksi sebentar tadi, skuad kendalian Javier Ribera bermula positif apabila mendahului babak pertama menerusi jaringan awal yang diledak Izzuddin Afif Nazarudin pada minit keempat.

Thailand bagaimanapun berjaya bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan penyamaan pada minit ke-74 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Jompon Homboonma.

sumber:- BH

Kebangkitan skuad kendalian Jadet Meelarp berterusan dengan mereka berada di depan dua minit kemudian menerusi jaringan Siwakorn Ponsan sebelum Poramet Laoongdi menyudahkan satu lagi sepakan penalti pada minit 89.