Pemain England dan Arsenal, Emile Smith Rowe mengesahkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek sebelah ibunya, yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.
Dia bagaimanapun tidak pasti sama ada masih boleh mewakili Malaysia atau Jamaica – negara asal sebelah bapanya – selepas menyarung jersi England beberapa kali.
Smith Rowe, 23, mendedahkan perkara itu kepada laman bola sepak, @frfuturetalents yang bertanyakan berkenaan latar belakang keluarga pemain itu.
“Benar, nenek sebelah ibu lahir di Malaysia atau lebih tepat lagi di Rembau, Negeri Sembilan, jika tidak silap saya.”Jadi, memang saya memiliki pertalian dengan Malaysia. Sebelah bapa pula, saya amat berbangga dengan (darah) warisan Jamaica.
sumber:- BH
“Tetapi saya tidak tahu jika saya masih boleh mewakili Malaysia atau Jamaica kerana sudah membuat penampilan bersama England. Bagaimanapun saya tetap berbangga dengan latar belakang saya,” kata Smith Rowe.