Uruguay membenam pasukan kerdil kejohanan Bolivia 5-0 pada aksi Kumpulan C di New Jersey sebentar tadi dan semakin hampir memastikan tempat ke suku akhir Copa America.
Facundo Pellistri menanduk masuk gol pembukaan pada minit kelapan dan Darwin Nunez menggandakan kelebihan Uruguay selepas 20 minit, merembat kencang kaki kiri melepasi penjaga gol Bolivia, Guillermo Vizcarra.
Maximiliano Araujo meledak dari jarak dekat untuk memusnahkan saki baki cabaran lawan pada minit ke-77 sebelum Federico Valverde menjadikan kedudukan 4-0 empat minit kemudian.
Pemain gantian Rodrigo Bentancur melengkapkan kemenangan besar itu dengan menanduk masuk gol kelima pada minit ke-89 menerusi sentuhan pertamanya.
sumber:- BH
Uruguay akan layak sebagai juara kumpulan jika mereka tidak kalah di tangan Amerika Syarikat pada perlawanan terakhir kumpulan pagi Selasa ini, namun kekalahan dalam perlawanan itu mungkin menyaksikan mereka layak juga kerana mempunyai perbezaan jaringan besar. – REUTERS