sukan

Copa America: Panama lakar kejutan

Panama menyukarkan harapan Amerika Syarikat (AS) untuk layak ke pusingan kalah mati Copa America 2024 apabila mereka melakar kemenangan mengejut 2-1 ke atas tuan rumah sebentar tadi.

Perlawanan tegang Kumpulan C di Atlanta menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan 10 pemain apabila Panama bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan yang menghidupkan semula kempen mereka selepas tumpas di tangan Uruguay pada aksi pertama.

Perlawanan itu menjadi ganas pada minit ke-18, apabila pemain sayap AS, Timothy Weah dibuang padang kerana menyiku muka pertahanan Panama, Roderick Miller dengan lengannya dalam insiden tanpa bola yang dikesan VAR.

Sekalipun Folarin Balogun meletakkan AS di depan dengan rembatan kencang dari penjuru kotak penalti selepas 22 minit, Panama kembali menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan Cesar Blackman.

Ketika perlawanan semakin genting, kelebihan Panama beraksi lebih seorang pemain jelas meletihkan AS.

Dengan berbaki tujuh minit, Jose Fajardo melengkapkan satu penyudah mantap untuk meletakkan Panama di depan 2-1.Babak akhir perlawanan lebih tegang dan menyaksikan Adalberto Carrasquilla dibuang padang kerana terjahan keras ke atas kapten AS, Christian Pulisic pada minit-minit terakhir ketika Panama berusaha mengekalkan pendahuluan sebelum menang.

sumber:- BH

Kekalahan itu bermakna AS perlu menundukkan pasukan gergasi Amerika Selatan, Uruguay pada perlawanan terakhir kumpulan mereka pagi Selasa ini untuk memastikan mara ke suku akhir. – AFP