sukan

Bidoglio enggan melayan desakan

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim bakal tampil dengan corak permainan berhati-hati apabila berdepan Universiti Malaysia dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang esok.

Walaupun beraksi di gelanggang sendiri ketika JDT selaku pasukan pelawat, ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio enggan memandang rendah keupayaan skuad muda bimbingan Ridzuan Abu Shah yang melakar kejutan menewaskan pasukan Liga Super, PDRM FC 3-0 dalam aksi pusingan 16 saingan itu.

Katanya, setiap pasukan yang JDT hadapi memliki kekuatan tersendiri dan tidak pernah bersikap sambil lewa apabila berdepan dengan mana-mana pasukan tidak kira pasukan Liga Super atau semi-pro dan kemungkinan mereka ada kelebihan yang JDT tidak tahu.

“Ini adalah bolasepak dan bagi kami ia perlawanan penting malah perlu memberi fokus untuk aksi seterusnya bagi memastikan kemenangan buat JDT dan sudah tentu kami serius untuk berdepan pasukan Universiti Malaysia.

“Sebagai pasukan profesional, kami tetap melayan mana-mana pasukan tidak kira pasukan itu bertaraf semi-pro kerana menganggap mereka berkualiti dan apa yang pasukan itu lakukan apabila menang 3-0 ke atas PDRM FC membuktikan mereka mampu beri cabaran.

“Untuk aksi suku akhir, kami akan turun dengan misi memburu kemenangan tatkala sebagai pasukan berstatus juara bertahan sudah tentu kami mahu mempertahankannya tapi kami tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya mahu bersikap berwaspada,” kata.

sumber:- HM

Bidoglio juga enggan melayan desakan sesetengah penyokong yang mahu JDT mempertaruhkan barisan tempatan tanpa menurunkan pemain import dalam kesebelasan utama apabila berdepan Universiti Malaysia yang majoriti pemainnya dalam kalangan mahasiswa.