sukan

TERKINI: MFL ubah hukuman kepada Selangor FC

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan maklum balas pantas mengenai hukuman yang dikenakan kepada pasukan Selangor baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat selepas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menggesa pihak MFL berperikemanusiaan dan menghormati pasukan Selangor yang meminta untuk menunda perlawanan Sumbangsih itu.

Mengikut kemas kini terbaru, MFL memberikan pertimbangan yang setimpal dan lebih meringankan beban buat pasukan Selangor untuk melunaskan denda-denda yang telah ditetapkan.

Skuad kendalian Nidzam Jamil itu mendapat pengurangan denda sebanyak RM60,000.00 berbanding jumlah sebenar sebelum ini dan tetap perlu membayar pampasan kerugian oleh pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT).

sumber:- stadium astro

Bagaimanapun, pemotongan tiga mata dan hukuman larangan kehadiran penonton pada perlawanan Liga Super ke-14 ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya dibatalkan secara serta merta.