Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara tidak ingin menekan butang panik, sebaliknya akan berusaha memburu kemenangan apabila bertemu Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Asean B-16 2024 di Surakarta, Sabtu ini.
Ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Javier Ribera berkata, beliau memaklumkan kepada pemain supaya melupakan segera kekalahan kepada Australia dan memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan menentang skuad Gajah Perang nanti.
“Saya rasakan barisan pemain boleh menampilkan aksi lebih sengit ketika bertemu Thailand nanti dan saya percaya ada ruang perlu diperbaiki serta perlu ambil risiko untuk meraih keputusan positif.
“Mengenai perlawanan bertemu Australia, saya anggap ini adalah aksi sangat sukar, tetapi kita bermain dengan baik selain mencipta beberapa peluang, namun bola gagal menerjah jaring,” katanya.
sumber:- HM
Untuk rekod, skuad B-16 negara tewas 0-2 kepada Australia, semalam, selepas bermula garang membelasah Timor Leste 5-0 pada Ahad lalu.