Georgia menempah tempat ke pusingan 16 terakhir pada penampilan sulung di kejohanan major apabila menewaskan Portugal 2-0 dalam aksi Kumpulan F Euro 2024.
Pemain Portugal, Antonio Silva menjadi punca untuk kedua-dua gol berkenaan – membuat hantaran terus kepada Georges Mikautadze yang kemudian mengumpan bola kepada Khvicha Kvaratskhelia bagi gol pertama hanya selepas 93 saat sepak mula.
Silva kemudian dipersalahkan kerana mengasari pemain Georgia di dalam kotak penalti dan Mikautadze menyempurnakan sepakan untuk gol kedua pada minit ke-57.
Portugal yang sudah layak sebagai juara kumpulan, mencipta beberapa peluang tetapi dinafikan penjaga gol, Giorgi Mamardashvili.
sumber:- BH
Georgia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan akan berdepan Sepanyol di pusingan kalah mati, manakala Portugal akan bertemu Slovenia. – REUTERS