sukan

Bola sepak Malaysia hilang ‘jiwa’ – Shahril

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, bola sepak Malaysia sudah hilang ‘jiwanya’.

Shahril, yang meletakkan jawatan sebagai exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, menganggap pentadbir sukan berkenaan di negara ini tiada empati terhadap orang lain.

Shahril meletakkan jawatannya dalam badan induk bola sepak negara itu selepas Selangor FC dikenakan hukuman oleh Malaysian Football League (MFL) kerana menarik diri daripada Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

“Melihat kepada situasi bola sepak semasa, penaung Selangor FC, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut menzahirkan rasa kecewa. Ia sekali gus menimbulkan persoalan berkenaan hala tuju pengurusan bola sepak,” kata Shahril.

Menurutnya, dalam menangani isu berkaitan bola sepak, perlu ada keadilan dan rasa belas kasihan.

Terdahulu, MFL mengenakan empat bentuk hukuman terhadap Selangor – denda RM100,000, membayar pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, JDT dan MFL, bermain tanpa penonton ketika menentang JDT di laman sendiri dan pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

sumber:- BH

Selangor ‘tidak hadir’ ke perlawanan berkenaan selepas permohonan penangguhan perlawanan susulan kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei ditolak.