Kylian Mbappe dan Robert Lewandowski masing-masing meledak satu gol menerusi sepakan penalti untuk mengakhiri aksi dengan 1-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Euro 2024.
Hasil keputusan itu menyaksikan Perancis menempah tiket ke pusingan 16 terbaik selaku naib juara kumpulan di belakang Austria yang mencatat kemenangan ke atas Belanda.
Mbappe yang kembali dalam kesebelasan utama selepas disisihkan ekoran kecederaan hidung nyata menghidupkan jentera hadapan Perancis sepanjang aksi.
Dia yang memakai topeng muka untuk melindungi kecederaan hidung bagaimanapun gagal menembusi gawang Poland yang bertahan cukup ampuh pada separuh masa pertama.
Gol yang dicari akhirnya terhasil pada babak kedua selepas Perancis dihadiahkan sepakan penalti apabila Ousmane Dembele dijatuhkan pertahanan Poland dalam kotak penalti.
Mbappe yang bakal menyertai Real Madrid musim depan tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Perancis 1-0 di depan pada minit 56.
Kelebihan itu kemudiannya dipadam penyerang berpengalaman, Lewandowski yang memanfaatkan sepakan penalti pada minit 79 yang gagal ditepis Mike Maignan.
sumber:- HM
Keputusan seri itu menyaksikan Poland menamatkan kempen dengan satu mata dan tersingkir daripada laluan ke pusingan kalah mati.