sukan

Copa America: Argentina muncul pasukan pertama layak ke suku akhir

Argentina muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Copa America selepas Lautaro Martinez meledak jaringan pada lewat permainan bagi memastikan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Chile, hari ini.

Selepas Argentina membuka aksi pembuka tirai Kumpulan A bertemu Kanada pada Jumaat lalu dengan berhati-hati, pasukan dilihat mengharungi perlawanan dengan mudah biarpun melepaskan beberapa peluang berharga.

Julian Alvarez dan Nicolas Gonzalez masing-masing berjaya menguji penjaga gol, Claudio Bravo manakala percubaan jarak jauh Lionel Messi terkena palang.

Alexis Mac Alisster melepaskan peluang keemasan pada babak kedua sebelum Chile dilihat berupaya mengawal permainan dengan percubaan Rodrigo Echeverria dinafikan Emiliano Martinez.

sumber:- BH

Pemain gantian, Martinez berjaya melegakan Argentina menerusi rembatannya pada minit ke-88 sekali gus memastikan kemenangan buat pasukan dan berada dalam kelompok dua teratas kumpulan. – REUTERS