sukan

Kim Pan-gon bukanlah individu ‘biasa’biasa’

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bukanlah individu ‘biasa’biasa’ apabila nama beliau mendapat perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), baru-baru ini.

Menerusi laman sosial rasmi Fifa, badan induk bola sepak dunia itu mahu penyokong bola sepak Malaysia terus memberi sokongan kepada jurulatih dari Korea Selatan itu.

Walaupun, skuad Harimau Malaya tidak berjaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini, kepimpinan Pan-gon membawa Malaysia seharusnya tidak diragui.

“Kim Pan-gon kekal bersama Harimau Malaya. Beliau memerlukan sokongan ekor Harimau Malaya,” tulis Fifa menerusi Intragram rasmi milik badan induk bola sepak dunia itu.

Mengikut rekod, sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan kontrak Pan-gon adalah sehingga 2025.

Pan-gon berjasa besar kepada skuad Harimau Malaya apabila berjaya melonjakkan kedudukan ranking Fifa Malaysia hingga ke kedudukan ke-135 dunia ketika ini berbanding 174 kira-kira beberapa tahun lalu.

sumber:- HM

Malah, sejak Pan-gon membimbing pasukan kebangsaan pada Mac 2022, beliau memacu pasukan mencatat 20 kemenangan termasuk layak ke Piala Asia 2023 di Qatar secara merit selepas 43 tahun yang gagal dilakukan mana-mana jurulatih sebelum ini sama ada tempatan mahupun import.