sukan

Copa America : Keputusan aksi Brazil berdepan Costa Rica

Brazil terlepas banyak peluang berharga apabila diikat tanpa jaringan oleh Costa Rica pada aksi pembuka tirai mereka dalam saingan Kumpulan D Copa America, di sini, hari ini.

Brazil menguasai 75 peratus perlawanan di babak pertama dan satu gol mereka dinafikan kerana ofsaid tatkala mereka dilihat bergelut untuk memecahkan kubu pertahanan Costa Rica.

Penguasaan Brazil diteruskan pada babak kedua sebelum percubaan Lucas Paqueta menggegarkan tiang gol lawan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-63.

Serangan terus berlanjutan menerusi percubaan Guilherme Arana namun rembatannya berjaya dinafikan penjaga gol Costa Rica, Patrick Sequeira.

Pengendali pasukan, Dorival Junior kemudian memasukkan pemain muda Savio dan Endrick pada minit ke-70 bagi memastikan Brazil memperoleh kemenangan namun dua percubaan Paqueta pada bakai 10 minit terakhir tersasar keluar.

sumber:- BH

Colombia mendahului Kumpulan D selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Paraguay, awal pagi tadi. – REUTERS