sukan

Bekas tonggak Kedah tukar bidang

Bekas tonggak Kedah Darul Aman dari Brazil, Sandro Da Silva kini menceburi bidang ejen pemain import untuk Liga Malaysia (Liga M) bermula musim ini selepas bersara sebagai pemain.

Kerjaya baharu diceburi Sandro yang juga bekas tonggak Selangor dan Sarawak berusia 40 tahun ini bermula apabila beliau menguruskan pemain dari Brazil, Luis Fernando Walter menyertai Kuching City FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak pada musim ini.

Menurut Sandro yang kini menetap di Brazil, bidang baharu itu terus membangkitkan semangatnya yang mahu dekat dengan dunia bola sepak sejak beliau menggantung but kira-kira dua tahun lalu.

“Saya menceburi kerjaya baharu sebagai ejen pemain bermula musim ini dan langkah ini diharap dapat menyumbang pengalaman untuk meningkatkan kualiti sesuatu pasukan seperti di Liga M musim ini.

“Walaupun tidak lagi berada di Malaysia, hati saya tetap di Liga M yang banyak memberi kenangan dan kejayaan buat saya sejak 2015 ketika bermula bersama pasukan Kedah.

sumber:- HM

“Saya melihat potensi yang baik untuk Liga M terus berkembang dan bersaing dengan liga lain dan saya berazam serta berusaha untuk mendapatkan beberapa pemain berpotensi yang mampu beraksi dengan baik di sini (Liga M),” katanya.