sukan

Euro 2024: Pasukan perubatan dikritik hebat

Kapten Hungary, Dominik Szoboszlai mengkritik kakitangan perubatan kerana bertindak perlahan terhadap insiden perlanggaran ngeri rakan sepasukannya, Barnabas Varga ketika menewaskan Scotland 1-0 dalam aksi Euro 2024 di Stuttgart.

Szoboszlai antara pemain Hungary yang panik meminta pertolongan ketika Varga, yang patah beberapa tulang di mukanya, terbaring tidak bergerak selepas berlanggar dengan penjaga gol Scotland, Angus Gunn pada minit ke-68.

Apabila bantuan tiba, Szoboszlai dilihat menarik pengusung untuk cuba menyegerakan pasukan perubatan.

“Saya tidak faham protokol seperti ini, mengapa kakitangan perubatan tidak bergegas-gegas masuk pada masa itu?,” kata Szoboszlai kepada wartawan Hungary.

“Persoalan ini untuk semua orang, jadi saya berharap semua orang dapat menyelamatkan beberapa saat dan menyelamatkan nyawa,” kata Szoboszlai yang menangis seketika selepas perlanggaran itu.

“Saya harap kita tidak perlu mengalami perkara ini lagi… sesuatu perlu dilakukan.”

sumber:- BH

Jurulatih Hungary, Marco Rossi mengesahkan Varga sedar sebelum meninggalkan padang dan dibawa ke hospital yang mana keadaannya stabil. – REUTERS