sukan

Yamal mahu berhenti jika Sepanyol menang

Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal yang muncul sebagai antara bintang menyerlah pada Euro 2024 mendedahkan dia tidak akan kembali ke sekolah jika ‘La Roja’ menjuarai kejohanan itu.

Pemain berusia 16 tahun itu membuktikan reputasinya sebagai salah satu pemain sayap terbaik hanya pada musim pertamanya bersama Barcelona.

Justeru, dia berjaya menarik minat pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente untuk memperkasa pasukan bagi Euro 2024.

Yamal yang masih lagi bersekolah mendedahkan dia perlu menyiapkan kerja sekolah dan tugasan meskipun sedang beraksi di Euro 2024 yang berlangsung di Jerman.

“Berapa jam saya belajar?Sebenarnya kami ada banyak masa jadi saya tidak katakan ‘okay, saya perlu belajar sekurang-kurangnya dua jam pada hari ini.”

“Jadi apabila saya tidak ada perkara yang hendak dilakukan dalam bilik, saya akan mengambil iPad dan menyiapkan kerja sekolah. Kalau Nico (Williams) atau Fermin (Lopez) memanggil saya untuk bermain PlayStation, saya akan ikut mereka.

“Adakah saya perlu mengambil peperiksaan? Tidak sebab dengan adanya iPad ini, saya dapat tahu apa yang mereka hantar jadi saya cetak (soalan) dan menyelesaikannya.

“Untuk gred, saya rasa mereka akan menghantarkannya secara dalam talian kerana ia bergantung kepada sejauh mana Sepanyol akan beraksi di Euro 2024.

sumber:- BH

“Saya harap kita mampu pergi sejauh mungkin kerana saya tidak akan kembali ke kelas semula.”Kalau kami menjadi juara, saya tidak akan kembali (ke sekolah) dan akan terus pergi bercuti.” -AGENSI