Kylian Mbappe tidak akan dibenarkan memakai topeng muka khas yang ketika ini digunakan olehnya ketika menjalani latihan.
Hidung Penyerang baharu Real Madrid itu patah ketika aksi Euro 2024 selepas berlaga dengan bahu pertahanan Austria, Kevin Danzo.
Mbappe yang belum pasti dapat diturunkan untuk menentang Belanda terpaksa memakai topeng muka khas untuk melindungi hidungnya.
Bekas pemain Paris Saint Germain (PSG) itu memakai topeng muka dengan tiga warna pada sesi latihan bagi persiapan berdepan Belanda.
Namun dia tidak akan dibenarkan untuk memakai topeng muka terbabit pada pertembungan itu.
Ini kerana undang-undang Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyatakan topeng muka yang hendak dipakai harus memiliki satu warna sahaja.
Peraturan menyatakan ‘peraltan perubatan yang dipakai di atas padang perlu terdiri daripada satu warna dan tidak membenarkan pasukan ataupun pembuat topeng itu dapat dikenalpasti.”
Situasi itu bukanlah satu masalah buat Mbappe kerana dia memiliki banyak topeng satu warna yang mematuhi undang-undang UEFA.
Malah dia sempat bergurau mengenai cadangan untuk topeng mukanya selepas Perancis menang tipis 1-0 ke atas Austria.
sumber:- BH
“Ada sebarang idea untuk topeng muka?,” katanya menerusi platform X. -AGENSI