Jamal Musiala terus meledak gol untuk membantu Jerman meneruskan rentak cemerlang di Euro 2024 menerusi kemenangan 2-0 ke atas Hungary.
Pemain Bayern Munich itu memecah kebuntuan pada minit ke-22 meskipun Hungary membantah selepas Ilkay Gundogan dikatakan mengasari pertahanannya, Will Orban.
Bagaimanapun, jaringan itu disahkan Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum jaringan penyamaan Hungary menerusi Roland Sallai dibatalkan susulan ofsaid.
Jerman terus selesa dengan gol kedua selepas rehat menerusi rembatan Gundogan yang menewaskan penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi.
Slot mereka ke pusingan 16 sudah terjamin untuk sekurang-kurangnya layak sebagai pasukan tangga ketiga terbaik selepas merakam dua kemenangan berturut-turut.
sumber:- BH
Kekalahan ini memberi tamparan buat Hungary yang perlu menewaskan Scotland bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya. – AGENSI