Slovakia melakar kejutan besar pertama Euro 2024 apabila meledak gol awal dan bertahan dengan baik untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium dalam aksi Kumpulan E, Sebentar tadi.
Ivan Schranz mengambil kesempatan daripada kesilapan ‘menakutkan’ pertahanan Belgium untuk meletakkan Slovakia di hadapan pada minit ketujuh.
Malah, Slovakia meneruskan persembahan terbaik mereka untuk kekal berada di depan dalam memastikan kemenangan yang tidak dijangka di Arena Frankfurt.
Penjaring terbanyak Belgium, Romelu Lukaku dua kali meletakkan bola ke gawang, namun dinafikan selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).
Jaringan pertama Lukaku dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-56 dan satu lagi jaringannya tidak dikira ketika perlawanan berbaki beberapa minit.
sumber:- BH
Slovakia menyertai Romania di kedudukan dua teratas kumpulan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Ukraine. – REUTERS